Bertepatan dengan butik kami yang telah mencapai 21 tahun dalam bidang perkahwinan, pastinya kami antara yang terunggul di Pulau Pinang. Selama 21 tahun memberi khidmat dengan penuh dedikasi, BUTIK PENGANTIN BIDADARI telah berjaya mengekalkan malah meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menjadi rebutan dan tumpuan setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga di Pulau Pinang.
Atas dasar setiakawan dan jalinan perniagaan berkonsep kemesraan dan kepercayaan yang dibina selama 21 tahun ini,kami di BUTIK PENGANTIN BIDADARI sentiasa prihatin dengan kehendak bakal pelanggan kami.
Anda pasti tersenyum dan berpuas hati dengan perkhimatan yang kami tawarkan. Kami menggarap misi untuk menceriakan hari bermakna anda dengan koleksi warna-warna keanggunan yang mencerminkan ketelusan jiwa dan kesucian hati nurani. Anda dan si dia pasti tidak akan melupakan saat indah itu.
umpama kata pepatah:
hanya yang terbaik dari persahabatan yang ikhlas
tiada janji lebih bermakna dari kami
melainkan dari hati mereka yang berpuas hati
tiada kata mampu mencapai matlamat kami
melainkan dengan senyuman mereka di hari persandingan
yang sentiasa meninggalkan kenangan terindah bersama kami
di BUTIK PENGANTIN BIDADARI........